Friday, December 3, 2021

2021-12-04 : Sabtu : Penulisan 3 [B]


Bahasa Melayu Tahap 1

Ulang kaji 3

Latihan 4: Kata Arah 

 

tengah

bawah

dalam

luar

atas

tepi

 

1. Budak-budak itu berehat di __________ pokok selepas bermain.

 

2. Pak Ali menasihati cucunya supaya jangan bermain di __________ jalan raya.


3. Azmi didenda berdiri di __________ bilik darjah kerana membuat bising di dalam bilik darjah.

 

4. Ikan-ikan di __________ akuarium itu sangat cantik.


5. Mereka bermain hoki di __________ padang.

 

6. Kakak akan melanjutkan pelajaran di __________ negara.


7. Seekor rama-rama hinggap di __________ kepala Mastura.



Bahasa Melayu Tahap 1
Penulisan 3

Latihan 2: Lengkapkan perbualan dengan frasa yang diberi.

Aminah dan Fadilah sedang (1)__________ di (2)__________.

 

Fadilah : Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah semalam, Aminah?

 

Aminah : Aku terpaksa mengikut (3)__________ku pulang ke kampung semalam. Kami ingin menjenguk nenek yang (4)__________.

 

Fadilah : Bagaimanakah keadaan nenek awak sekarang?

 

Aminah : Keadaannya telah (5)__________, terima kasih.

 

Fadilah : Aminah, (6)__________ kita Cikgu Lim telah berjanji akan membawa kelas kita melawat ke (7)__________ pada cuti penggal ini.

 

Aminah : Bilakah tarikh lawatan itu?

 

Fadilah : Pada 4 Disember ini. Adakah awak hendak mengikut bersama?

 

Aminah : Tak pastilah, aku mesti (8)__________ daripada ibu bapaku dulu.

 

beransur pulih

kantin sekolah

guru darjah

mendapat kebenaran

berbual-bual

ibu bapa

sakit tenat

Pulau Langkawi



Bina Ayat

S K O P

Subjek + Kata Kerja + Objek + Penerangan 

Penerangan = Tempat / Masa / Sebab / Cara


Penulisan 3 Latihan 3

Penulisan 3 Latihan 4

No comments:

Post a Comment

2023-04-08 Sabtu KARANGAN TAHUN 4

Unit 2: J: Karangan R1 Pada __________, gotong-royong membina taman poker diadakan di __________. Saya dan πŸ˜€ menyertai program itu. R2     ...