Bahasa Melayu Tahap 1
Penulisan 4
Hari Sabtu minggu depan (25-12-2021) ialah hari cuti awam, tiada kelas.
🎄 Selamat Hari Krismas! 🎅
Latihan 1: Kata Kerja
mengambil |
meragut |
membajak |
menanam |
memotong |
mengigit |
menyentuh |
memeluk |
1. Zaitun __________ anak patung semasa tidur.
2. Petani itu sedang __________ sawah padi.
3. Lelaki itu __________ beg tangan Cik Susan.
4. Tikus itu __________ jaring sehingga putus.
5. Pelayan itu __________ makanan dengan cermat.
6. Maria suka __________ pokok bunga di halaman rumahnya.
7. Chef itu __________ kentang dengan pisau yang tajam.
8. Adik dimarahi oleh ibu kerana __________ suis dengan tangan yang basah.
Latihan 2: Kata Hubung
sebelum |
lalu |
selama |
sambil |
tetapi |
sehingga |
supaya |
dan |
1. Kakak melipat surat itu __________ memasukkan surat
itu ke dalam sampul surat.
2. Budak lelaki itu menungggang basikal __________
bersiul.
3. Buah betik itu besar __________ kurang manis.
4. Makanlah ubat ini __________ cepat sembuh.
5. Tiap-tiap pagi Cikgu Kamal bersenam __________ pergi
ke sekolah.
6. Saya telah menunggu Ali di sini __________ dua jam.
7. Saya akan tunggu di perhentian bas __________ Mimi
datang.
8. Air telaga itu bersih __________ jernih.
Latihan 3: Lengkapkan karangan dengan perkataan yang diberi.
Kepentingan Gigi
Gigi sangat (1)___________ kepada manusia dan haiwan.
Tanpa gigi, kita tidak dapat (2)__________ makanan yang kita makan. Oleh itu,
kita mesti menjaga kebersihan dan (3)__________ gigi setiap hari.
Orang dewasa
mempunyai (4)__________ batang gigi. (5)__________ berfungsi sebagai pengunyah makanan. Gigi taring pula digunakan
untuk mengoyak makanan sementara (6)__________ bertugas memotong makanan.
Gigi kita
akan rosak jika tidak (7)__________. Oleh itu, kita perlu menggosok gigi
sekurang-kurangnya (8)__________ kali sehari. Gunakan berus gigi dan ubat gigi
semasa (9)__________ gigi. Selain itu, pemeriksaan gigi hendaklah dilakukan
setiap (10)__________ bulan sekali.
enam |
Gigi geraham |
menggosok |
32 |
dua |
kesihatan |
digosok |
mengunyah |
gigi kacip |
penting |
Penulisan 4 Latihan 4 |
Email: buzzybeezbm@gmail.com
liveworksheets.com
liveworksheets.com
No comments:
Post a Comment