Bahasa Melayu Tahap 1
Penulisan 7
Latihan 1: Kata Adjektif
pucat |
kencang |
kotor |
bulat |
penuh |
tawar |
1) Muka Ali __________ apabila dia dikejar
oleh beberapa ekor anjing liar.
2) Sup ayam yang dimasak oleh kakak
__________ rasanya kerana tidak dibubuh garam.
3) Jam tangan Su Mei berbentuk __________.
4) Angin ribut yang bertiup __________
semalam telah menumbangkan beberapa pohon pokok.
5) Bas itu __________ dengan penumpang.
6) Guru besar berasa marah apabila melihat
keadaan di tandas murid lelaki begitu __________.
Latihan 2: Imbuhan Awalan ‘-di’
dihisap |
ditulis |
dibasuh |
dikejar |
diejek |
dipukul |
1) Lisa menangis apabila __________ oleh
kawan-kawannya kerana tangan kirinya kudung.
2) Pencuri itu berlari lintang-pukang ketika
__________ oleh polis.
3) Baju-baju itu __________ dengan mesin
basuh pagi tadi.
4) Surat itu __________ oleh Gopal untuk
abang yang berada di luar negara.
5) Air minuman itu __________ oleh Ali dengan
straw.
6) Perahu itu terumbang-ambing di tengah laut
apabila __________ ombak.
Latihan 3: Lengkapkan karangan
dengan kata kerja pasif.
Aku Sebatang Pen
Namaku Superline. Aku (1)__________ di sebuah
kilang di Ipoh, perak. Badan aku (2)__________ daripada plastik. Mata aku
digunakan untuk menulis. Dakwat yang (3)__________ daripada mata aku berwarna
biru. Aku dan kawan-kawan (4)__________ ke sebuah kedai alat tulis. Kami (5)__________
di dalam sebuah bekas.
Pada
suatu hari, aku (6)__________ oleh seorang pelajar perempuan dengan harga RM
1.20. Tuan aku bernama Lily. Aku begitu gembira kerana Lily selalu menggunakan
aku untuk membuat kerja sekolahnya. Tulisannya juga kemas dan cantik. Aku amat (7)__________
oleh Lily. Aku akan (8)__________ di dalam bekas penselnya setelah (9)__________.
Lama-kelamaan,
aku telah kehabisan dakwat. Aku (10)__________ oleh Lily ke dalam tong sampah. Aku
berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbakti lagi kepada tuan aku.
dibeli |
diperbuat |
dibuang |
dihantar |
disimpan |
dilahirkan |
disayangi |
dikeluarkan |
digunakan |
diletakkan |
No comments:
Post a Comment