Friday, June 10, 2022

2022-06-11 : T3 : Penulisan 7 [B]

Bahasa Melayu Tahap 1

Penulisan 7



Latihan 5: Imbuhan ‘ke-‘


ketua

kedua

kehendak

kesemua

keempat-empat

kekasih

ketagih

kedua-dua

                                                                     

Kelaskan perkataan berimbuhan ‘ke-’.

Kata Nama

Kata Bilangan

 

 

 

 

 

Lengkapkan ayat dengan perkataan berimbuhan ‘ke-’.

 

1) Dia mendapat tempat __________ dalam pertandingan melukis.

 

2) __________ darjah Kelas Tiga Amanah sentiasa membantu guru mengmbil buku latihan ke pejabat.

 

3) __________ anak Pak Long semua berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

 

4) Amirul anak emas ibu bapanya. Semua __________nya akan dipenuhi.

 

5) Li Mei dan Li Ting anak berkembar. Wajah __________ mereka seiras rupa.

 

6) Gadis yang cantik itu ialah __________ abang Muthu.

 

7) Bunga-bunga yang berkembang itu __________ warna merah.

 

8) Lelaki itu membeli duit nombor ekor bagai __________ candu.

 

  

 

Latihan 6: Antonim

 

1) cantik    × __________                  a) musuh

 

2) letak      × __________                  b) hitam

 

3) pendek  × __________                  c) naik

 

4) putih      × __________                  d) terang

 

5) gemuk   × __________                  e) hodoh

 

6) kawan    × __________                  f) kurus

 

7) turun     × __________                  g) baru

 

8) tinggi     × __________                  h) angkat

 

9) gelap     × __________                  i) panjang

 

10) lama    × __________                  j) rendah

                  

  

 

Latihan 7: Pantun

 

Agar hidup aman dan bahagia

Kalau salah tolong tunjukkan

Saya murid baru belajar

Kalau kamu hendak lekas pandai

Rajin-rajinlah membaca buku

Hidup berjiran bantu-membantu

 

Ibu bangun waktu fajar,

Menaiki bas hendak ke pakan,

______________________________,

______________________________.

 

Budak nakal membaling batu,

Membaling batu ke arah Nadia,

______________________________,

______________________________.

 

Ke kedai adik membeli buah rambai,

Terbeli pula buah duku,

______________________________,

______________________________.






P7B: Latihan Tambahan: Susun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.

 

Sekolah Saya

 

1)       sekolah * Nama * saya * ialah * SJK(C) Hua Nam

         _____________________________________________________________

 

2)       sekolah * Di * pelbagai * saya * kemudahan * kantin, * ada * ,seperti * dan * perpustakaan, * lain-lain * padang

         _____________________________________________________________

 

3)       saya * mempunyai * Perpustakaan * buku * besar * banyak * dan * sekolah

         _____________________________________________________________

 

4)       dilarang * Murid-murid * semasa * bising * berbuat * perpustakaan * di

         _____________________________________________________________

 

5)       tempat * Padang * ialah * kami * untuk * bermain * bersenam * dan

         _____________________________________________________________

 

6)       diadakan * tahun * Hari Sukan * dengan * di * setiap * meriahnya * padang

         _____________________________________________________________

 

7)       murid-murid * Di * semasa * makanan * membeli * beratur * kantin,

         _____________________________________________________________

 

8)       kantin * Kami * supaya * sentiasa * kebersihan * dinasihati * menjaga

         _____________________________________________________________

 

9)       rehat * Murid-murid * bilik * darjah * membersihkan * pada * waktu * juga

         _____________________________________________________________

 

10)     sekolah * guru * murid * dan * meyayangi * Semua

         _____________________________________________________________


No comments:

Post a Comment

2023-04-08 Sabtu KARANGAN TAHUN 4

Unit 2: J: Karangan R1 Pada __________, gotong-royong membina taman poker diadakan di __________. Saya dan 😀 menyertai program itu. R2     ...