Bahagian C 👉 Latihan 17
BERBUDI KEPADA TANAH
Sebidang tanah
Tidak dibiarkan gersang
Pokok buah-buahan disemai
Pokok sayur-sayuran ditanam
Tumbuh subur dijaga dengan rapinya
Tiba waktunya
Buah-buahan masak ranum
Sayur-sayuran segar sekali
Dipetik petani sambil tersenyum
Hati gembira wajah ceria
Puisi di atas menggambarkan cara untuk berbudi kepada tanah.
Berdasarkan puisi tersebut, tulis karangan tentang faedah bertani di rumah.
Rangka Karangan
R1: Pendahuluan
· rumah - luar bandar - bandar - memiliki tanah lapang -
· tanah - tidak dibiarkan gersang
· menggunakan - bijak
· pelbagai - berbudi - tanah
R2~R5: Faedah + contoh
R6: Kesimpulan
No comments:
Post a Comment