Bahasa Melayu Tahap 1
Penulisan 4
Latihan 5: Penjodoh Bilangan
butir | naskhah | buah | kumpulan | jambak | das | cubit | kotak |
1. Terdapat empat puluh __________ rumah di Taman Rimba.
2. Ibu memasukkan beberapa __________ garam ke dalam masakan.
3. Pihak polis melepaskan tiga __________ tembakan ke arah perompak itu.
4. Polis menemukan enam __________ peluru di dalam rumah yang usang itu.
5. Ayah Kassim membeli se__________ mancis di kedai Pak Mat.
6. Encik Lim membeli se__________ akhbar Berita Harian di kedai buku.
7. Michael menghadiahkan se__________ bunga ros kepada teman wanitanya.
8. Se__________ kanak-kanak sedang bermain di padang.
Latihan 6: Kata Tanya
1. __________ Suzana tidak hadir ke sekolah?
Suzana tidak hadir ke sekolah kerana dia demam.
2. __________ negara kita mencapai kemerdekaan?
Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3. __________ cara untuk membuat kek berperisa coklat itu?
Campurkan semua bahan ini lalu bakar adunan di dalam ketuhar.
4. __________ saya boleh membeli buku itu?
Kamu boleh membeli buku itu di Kedai Buku Popular.
5. __________ yang menghantar kamu pulang semalam?
Ibu saya yang menghantar saya pulang semalam.
6. __________ yang menyebabkan adik kamu menangis?
Dia menangis kerana kehilangan alat mainan kesayangan.
7. __________ harga baju yang berwarna kuning itu?
Baju yang berwarna kuning itu berharga RM49.
8. __________ awak yang datang ke rumah saya semalam?
Tidak. Saya tidak pergi ke rumah kamu semalam.
Latihan 7: Lengkapkan karangan dengan frasa yang diberi.
Pokok Kelapa
Pokok kelapa hidup subur di (1)__________ yang berpasir. Pokok kelapa dikenali sebagai pokok ‘(2)__________’. Setiap bahagian (3)__________ ada kegunaannya yang tersendiri.
Pokok kelapa mempunyai batang yang keras dan panjang. Orang kampung suka membuat titi dan bangku menggunakan (4)__________.
Buah kelapa banyak gunanya. Isi kelapa boleh dimakan, dibuat (5)__________ dan menghasilkan minyak. Isi kelapa juga diperah untuk mendapat santannya. Santan banyak digunakan untuk memasak (6)__________, seperti nasi lemak dan kari ayam. Airnya pula menjgadi kegemaran ramai.
Tempurung kelapa pula sangat popular dalam (7)__________. Tempurung kelapa boleh dijadikan tabung, senduk dan (8)__________. Sabut kelapa pula boleh dijadikan berus dan bahan bakar. Daun kelapa pula boleh dianyam untuk dibuat (9)__________.
kuih-muih | sarung ketupat | batang pokok |
barang hiasan | pokok kelapa | seni kraftangan |
seribu kegunaan | lauk-pauk | kawasan pantai |
Penulisan 4 Latihan 8 |
liveworksheets.com
No comments:
Post a Comment